Assalamualaikum..
Ha…ya ampun ye..aku ni memang la tak istiqamah betul dalam
menulis entry ni…
Al maklumlah, banyak sangat rintangan,onak & duri untuk
aku selalu menulis…huhu. Tapi kira okey la kan dari tak tulis langsung..hehehe
Dah lepas merisik bln 7..menyusul pulak majlis pertunangan
pada 3 Syawal 1433H bersamaan 21 Ogos 2013..ingat mula2 biasa-biasa
je..ha..1khemah jugak..dah ku kira2 dalam 4-5ribu jugak la habis (termasuk
harga cincin & barang2 hantaran yang lain okey)
Ok..mula2 masuk je 1 ramadhan..ibuku tercinta sudah mula
membeli berbagai barang hiasan dan bunga-bungaan untuk di deco kan dalam
hantaran…lihat lah..aku ni habis je praktikal terus jadi guru ganti, ustazah
buat hantaran kat sekolah je..hehe(masa free je okey!)
Taraaa…inilah hasilnya.. Rajin kan mak buat semua
ni.untungnyer!!
Akhirnya…dah minggu terakhir nak raya, aku kira2 ade la
dalam 15 dulang..banyak jugak..
Tapi lagi terkejut, sampai 19 hantaran time hari
kejadian!mak ai..rezeki aku la tu…lame dah rumah aku ni tak de yang masuk
meminang..maklumlah,kakak aku yang sulung..aku memang la anak perempuan ke
dua,tapi……..ade 3orang abang dekat atas,dah settle dia orang kahwin baru aku
menyusul..jarak jauh la jugak usia aku dengan abang2 aku tu…(dah keluar tajuk
okey!)
Kita cerita balik pasal bertunang.
Mula2 :
1)
Bujet
2)
Anggarkan dulang hantaran
3)
Setting tarikh dan masa yang sesuai untuk majlis
4)
Baju si dara & baju si teruna tak payah glam
sangat la
5)
Cincin pertunangan
6)
Makan minum tetamu
7)
Buat list untuk tetamu jemputan especially
kawan2 rapat & saudara terdekat lah..tak perlu jemput 1kampung ye.
8)
Khemah (kalau rumah kecik tak ada ruang makan
sewa la..)
9)
Ni penting, tentukan siapa yang akan menjadi wakil
(orang tengah) untuk berunding bagi pihak lelaki dan juga perempuan
10)
Duit
belanja/duit hantaran (bicang awal2 dengan wakil kita tu takat mana si teruna
mampu bagi)
11)
Kalau dah ada tarikh untuk nikah dan kenduri pun
siap2 bagi tahu pada wakil ye..
12)
Doorgift..bagi saya benda ni membazir,bukan adat
melayu sebenarnye..terpulanglah kepada anda ye.
13)
Mini pelamin (terpulang) tapi kalau boleh tak
payah la berhabis duit beratus2..nanti tengok saya punyer hiasan bilik. Tak de
pelamin tapi still nice..hehe
impian nak buat bunga paper wheel ni tercapai!jimat lagi.. |
Ni la sebahagian checklist yang aku
ingat..mula-mula ingat simple je, tapi banyak juga hal nya..yang kecil-kecil
digabungkan jadi besar juga kan..
Bagi korang yang baru plan nak memulakan
ikatan pertunangan, buat planning betul2 supaya tak lah sampai membazir ataupun
kucar kacir pulak nanti. Apa-apa pun berdoa banyak2 moga Allah permudahkan
urusan kita dalam nak membina masjid ni.InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment